Thursday 23 June 2011

RPH Projek iKelas



PART 1 




PART 2









Ahli kumpulan:
1        Linih binti Kongkim           - PPG/40962/11
2        Norliah Molinka                - PPG/40965/11
3        Halidah Binti Duari            - PPG/40964/11
4        Rasdiah Binti Aking           - PPG/40963/11
5        Juliah Binti Ghani              - PPG/40961/11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Bilangan murid  : 25 orang
Masa                  : 60 minit
Subjek               : Bahasa Malaysia
Kelas                 : Tahun Satu Tiara
Tema                 : Di dasar laut
Tajuk                 : Huruf Vokal
Fokus Utama     : 1.2.1 menyebut dan mengecam huruf vokal
                             2.1.1 membaca huruf yang terdapat dalam gambar.
                             3.2.1 menulis huruf vokal
Objektif             : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :-
i)        Mengenal dan menyebut huruf vokal dengan betul.
ii)       Mengenal bentuk dan menulis huruf vokal dengan betul.
iii)      Memadankan huruf vokal dengan gambar dengan betul.
iv)      Mewarna huruf vokal untuk membentuk gambar dengan betul.
Pengisian Kurikulum :
Ilmu – Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Sains
KBT – Mengecam
Nilai-  perpaduan
Bahan Bantu Mengajar:
Kad huruf Vokal
Kad Gambar ( api, obor, ibu, epal, udang)
Video XClass di dasar laut
Set Induksi ( 5 minit )
1.   Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk mengambil kad gambar yang terdapat dalam kotak.
2.   Murid memperlihatkan gambar kepada murid dan murid menyebut gambar tersebut.
3.   Guru menyoal murid.
a)  Apakah huruf awal bagi perkataan obor, api, ibu, epal, udang
4.    Guru menunjukkan kad huruf vokal dan semua murid menyebutnya.
5.    Murid menyanyikan lagu vokal “ Satu Malaysia.”
Aktiviti 1 ( 20 minit )
1.   Guru menunjukkan cerita di dasar laut dari blog.
2.   Guru bersoaljawab dengan murid secara individu dan kelas.
a)   Siapakah yang sedang memancing?
b)   Kemanakah Abu dibawa oleh Era?
c)   Apakah yang kamu Nampak di dasar laut?
3.   Murid mengenal perkataan yang bermula dengan huruf vokal kemudian menyebutnya dari blog.
Aktiviti 2 (15 minit )
1.   Murid bermain dengan huruf vocal dari blog.
i)     Mengheret huruf vokal ke gambar yang sesuai.
ii)    Memadankan huruf vokal dengan gambar.
iii)    Menulis huruf yang tertinggal dalam perkataan berdasarkan gambar
Aktiviti 3 ( 15 minit )
1.   Guru menunjukkan cara mewarna huruf dalam blog.
2.   Murid mewarna huruf vokal untuk membentuk gambar dalam blog.
Penutup : ( 5 minit )
1.    Guru bersoal-jawab tentang pelajaran hari ini.
2.    Murid menyanyikan semula lagu vokal “ Satu Malaysia ” secara beramai-ramai.

                                     

                                              MUAT TURUN FAIL
                                               
                                                 Software XClass
                                                                


                       



                         






No comments:

Post a Comment